Sunday, May 19, 2013

Hakikat Sebuah Kehidupan...


ASSALAMUALAIKUM...

Sejak akhir2 ni hati semakin tenang...dan hati semakin gembira...mungkin juga “mereka” sudah berhenti utk mengacau kehidupan sy..ALHAMDULILLAH..ALLAH tahu apa yg terbaik..akhirnya segalanya berakhir sudah...Mungkin utk seketika...mungkin juga utk selama2nya..mengharapkan ia kekal lama...insyaALLAH...

Kadang2 kita pun tak tahu mengapa dan sebab manusia2 yg ada timbul perasaan tidak suka pada kita...sedangkan kita tidak pernah berbuat salah pada mereka...Kita tidak tahu apa yg tersirat dihati mereka..apa yg mereka fikirkan tentang kita...dan apa yg mereka ingin kan dari kita...
Tapi bak kata en zauj “Manusia itu memang begitu...setiap manusia berbeza2...dan itu adalah lumrah kehidupan..adanya manusia yg suka dan tak suka pada kita...”
Tapi bila difikir2kan semula..terciptanya pelbagai kerenah manusia ni lah yg membuatkan hidup kita berwarna warni..tidak selalu gembira,tidak selalu sedih,dan pelbagai lagi...





Apabila hadirnya manusia2 yg tidak menyukai kita..dan yg sentiasa menyakitkan hati kita...akan kita sedar bertapa kita perlu hargainya insan2 yg melayani kita dgn baik..terutama org yg menyayangi kita dgn sepenuh hati mereka...Dan dari situ juga kita dpt melihat dunia ni sebenarnya penuh dgn  manusia yg pelbagai pemikiran.kerenah dan sikap yg berbeza2....
Tapi jgn kita lupa...kita juga salah seorang drpda mereka...yg mempunyai pelbagai kerenah,pemikiran dan sikap...Dan mungkin juga dimata kita,kita adalah seorang yg baik..tetapi mungkin tidak pula dimata manusia2 lain..Cara penerimaan setiap org adalah berbeza2..sebab tu wujudnya manusia2 yg suka dan tidak suka pada kita...Tapi apa nk dikisahkan sgt jika manusia2 yg menyayangi kita melebihi org yg benci kepada kita..ketahuilh..kadang2 apabila org yg membenci diri kita ini..mungkin juga kerana cemburunya mereka terhadap kehidupan kita yg indah dikelilingi manusia2 yg baik2....


Apapun dalam segala kebahagian dan kedukaan...Kita takkan pernah sepi dan keseorangan....



Kerana kita masih ada ALLAH yg sentiasa berada di sisi kita...
Always Say  ALHAMDULILLAH ...walau bagaimanapn jalan cerita hidup kita...Kerana ALLAH sentiasa tahu apa yg terbaik buat kita...


Adios!!!